Bayaran & Deposit Keselamatan
Pembayaran penuh hendaklah dibuat bagi tempahan bilik dan lock date.
Deposit Keselamatan pula adalah sebanyak RM50 bagi bilik/chalet dan RM 100 bagi homestay.
Deposit keselamatan ini akan dikembalikan setelah pihak pengurusan membuat semakan kerosakan atau kehilangan ke atas fasiliti yang disediakan.
Deposit keselamatan juga boleh ditolak atas peraturan dan syarat yang dilanggar.
Pindaan Tarikh & Pembatalan
Kami tidak ada polisi pembatalan setelah tempahan dibuat.
Kami hanya membenarkan anda untuk membuat penundaan ke tarikh yang baru dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh check in.
Jika penundaan tarikh dilakukan kurang dari 14 hari, caj pengurusan dikenakan sebanyak RM50 bagi bilik/chalet dan RM100 bagi homestay.
Penundaan tarikh hanya boleh dibuat 2 kali sahaja.
Tarikh TIDAK BOLEH DIPINDA KURANG DARI 7 HARI dari tarikh check in dengan apa-apa alasan sekalipun.
Jika dalam tempoh 7 hari sebelum check in anda membuat pembatalan, 100% bayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
Namun begitu, untuk mengelakkan kerugian dipihak anda, anda dibenarkan untuk menjualkan semula pakej penginapan tersebut kepada pihak ketiga.
Jika anda menjualkan pakej ini kepada pihak ke tiga, anda perlu memaklumkan kepada kami dengan segera.
Daftar Masuk & Daftar Keluar (Check-In & Check-Out)
Waktu Daftar Masuk (Check-In) adalah pada pukul 3.00 petang dan Daftar Keluar (Check-Out) pukul 12.00 tengah hari.
Check Out lewat melebihi jam 12 tengahari dikenakan RM20 bagi setiap 30 minit.
Kita harus memberi laluan kepada pihak pengurusan untuk menyediakan keadaan yang selesa kepada bakal penghuni yang akan check in selepas anda.
Memasak & BBQ
Penghuni dibenarkan memasak dan membuat BBQ dengan syarat dapur dan ruangan BBQ mestilah dibersihkan semula selepas digunakan.
Kegunaan dapur memasak tidak dikenakan sebarang bayaran manakala bagi kegunaan tong BBQ (arang tidak disediakan) dikenakan bayaran RM30.
Jika ruangan dapur dan BBQ ditinggalkan bersepah dan tidak dikemaskan semula, pihak kami terpaksa mengenakan caj pembersihan tambahan sebanyak RM50 melalui penolakan deposit keselamtan.
Bilangan Penghuni
Jumlah bilangan penghuni maksimum adalah seramai 16 orang bagi Homestay, 3 orang bagi bilik Triple Room, 3 orang bilik Queen & Sofa bed dan 2 orang bagi bilik Double Room termasuk dewasa dan kanak-kanak.
Jika didapati bilangan melebihi kapasiti yang ditetapkan, keseluruhan deposit keselamatan tidak akan dipulangkan.
Tempat Letak Kenderaan
Pelanggan mesti menyusun kenderaan di kawasan yang disediakan dengan cara yang betul supaya tidak menghalang laluan utama.
Keselamatan kenderaan yang diletakkan adalah tanggungjawab sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa bentuk kerugian.
Keselamatan Penghuni
Keselamatan semua penghuni adalah dibawah tanggungjawab sendiri
Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian, kecurian, kecederaan atau kematian sebelum, semasa dan selepas menginap di sini.
Fasiliti & Kelengkapan
Segala kelengkapan dan fasiliti haruslah dijaga dengan baik, tidak dirosakkan dan melakukan pembaziran.
Jika berlaku kehilangan dan kerosakan, pelanggan wajib memaklumkan kepada kakitangan pengurusan.
Kami amat menghargai kejujuran dan keikhlasan anda.
Larangan & Larangan Keras
Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay, bilik/chalet dan kawasan kolam.
Durian tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay dan bilik/chalet.
Merokok tidak dibenarkan di dalam homestay dan bilik/chalet.
Kami HANYA menerima penghuni yang beragama ISLAM sahaja bagi memastikan kesucian kawasan ini.
Tidak dibenarkan membawa minuman keras dan apa-apa jenis dadah yang menyalahi undang-undang.
Tidak dibenarkan melakukan perbuatan ZINA & MAKSIAT ketika berada disini.
Tidak dibenarkan membawa makanan yang haram disisi undang-undang agama Islam
Tidak dibenarkan melakukan apa-apa bentuk kesalahan mengikut undang-undang negara.
Jika pihak pengurusan menerima aduan atas kesalahan yang serius, kami akan laporkan kepada pihak berkuasa.
Peraturan Penggunaan Kolam Renang
Penggunaan kolam renang adalah pada jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
Mohon untuk kawal bunyi bising ketika mandi selepas jam 7.00 malam.
Penghuni digalakkan memakai pakaian mandi yang sesuai. Tidak digalakkan pakaian daripada kapas (cotton). Dilarang memakai pakaian yang luntur warna.
Kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang hendaklah memakai “swim diapers”
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun hendaklah ditemani orang dewasa.
Penghuni hendaklah bersihkan diri di air pancuran yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kolam.
Dilarang terjun, berlari di melakukan aktiviti sukaneka di sekitar kawasan kolam.
Penghuni yang mengidap penyakit kulit, penyakit berjangkit atau sakit telinga atau hidung yang membahayakan tidak dibenarkan memasuki kawasan kolam.
Merokok, makan dan minum adalah dilarang di dalam dan kawasan kolam renang.
Penghuni dilarang membawa masuk sabun, syampu atau benda lain yang tidak berkaitan di kawasan kolam.
Penghuni hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam.
Dilarang membuang apa-apa benda termasuk cairan ke dalam kolam.
Penghuni dilarang membuang air, hingus, kahak atau ludah didalam kolam.
Penghuni dilarang membawa masuk sebarang jenis binatang ke kawasan kolam.
Penghuni tidak dibenarkan mandi semasa hujan lebat, guruh atau petir.
Pihak pengurusan berhak menegur atau menasihati mana-mana pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan
Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, kemalangan atau kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.
Segala term & condition ditetapkan untuk memberi keselesaan kepada tetamu yang bakal menghuni di sini. Kepatuhan pada syarat-syarat ini adalah untuk kebaikan kita bersama.