Latar Belakang Ar-Raudhoh Guest House
Ar-Raudhoh Guest House dulu dikenali sebagai Ar-Raudhoh Homestay Pantai Puteri. Premis pertama yang dibina adalah Ar-Raudhoh Villa yang mula beroperasi pada awal tahun 2017 manakala Ar-Raudhoh Village mula beroperasi pada tahun 2019. Idea pembinaan rumah penginapan ini adalah dari ayah kami yang bersara dan membuat keputusan untuk menetap di Melaka. Tujuan utama Ar-Raudhoh Guest House dibina adalah bagi mempermudahkan urusan mereka yang ingin bermusafir dan berjalan bersama keluarga di Melaka. Ar-Raudhoh Guest House mempunyai dua lokasi berbeza iaitu Ar-Raudhoh Villa dan Ar-Raudhoh Village. Semoga diharapkan usaha kami ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.